Tuesday, April 20, 2010

HARAP DI BERI KOMEN

Media Pengajaran
Media pengajaran dapat diertikan sebagai apa sahaja bentuk alat, bahan atau sumber sama ada konkrit atau abstrak sifatnya yang dapat diguna dan dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk menyampaikan mesej-mesej pengajarannya (Wan Zah & Naim Hj Ahmad, 1997). Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) media merupakan perantara dalam interaksi guru dengan pelajar. Dalam proses ini, interaksi yang wujud adalah berbentuk amalan kemahiran berkomunikasi (Shukri, 1997) yang juga merupakan media asas penyampaian kandungan dan mesej oleh guru kepada pelajar. Ini bermakna guru boleh memanfaatkan media sebagai salah satu cara pengurusan P&P secara berkesan. Misalnya, dengan menjayakan konsep P&P berpusatkan pelajar, mengikut gaya progressive education saranan Dewey (Starr, 1999) yang mengintergrasikan media dan teknologi pengajaran dalam bilik darjah, maka ia dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti (Badrul Hisham, 2000) penyelesaian masalah oleh pelajar.

Media pengajaran dianggap sebagai inovasi daripada alat bantu mengajar (ABM) yang menurut Wan Zah et. al.,(1997) pada era siber ini ABM dilihat sebagai sesuatu yang telah usang. ABM pada konsepnya tidak memberikan apa-apa, ia hanya sekadar alat bantu sahaja. Kalau perlu ia akan digunakan dan sebaliknya (Wan Zah et. al.,1997). Terdapat beberapa alasan mengapa Wan Zah et. al. (1997) berpendapat bahawa ungkapan baru yang harus digunakan bagi menggantikan ABM ialah media pengajaran. Media pengajaran dikatakan mendasari konsep-konsep berikut:
ia adalah sesuatu yang perlu untuk proses komunikasi (P&P) berjalan dengan baik dan lancar
ia adalah sesuatu yang perlu ada sebagai perantara di antara guru sebagai penyampai dengan pelajar sebagai penerima
guru secara langsung perlu berfikir, merancang dan bertindak secara sistematik dan rasional sebelum sesuatu media pengajaran itu digunakan
media penegajaran memerlukan pengintergrasiannya ke dalam kurikulum. Ia perlu disepadukan ke dalam kaedah-kaedah pengajaran secara sistematik dan berperancangan
media pengajaran merupakan komponen penting yang digarap secara bersepadu di dalam proses merekabentuk mesej pengajaran

Media mempunyai ciri dinamik dan inovatif yang akan terus mengalami perubahan secara kualitatif. Era globalisasi telah mengemaskinikan sifat media dan melahirkan konsep multimedia. Menurut Heinich (1996); “ multimedia refers to any combination of two or more media formats that are intergrated to form a formal or instructional program”. Ia melambangkan gabungan beberapa media bergerak dan kaku (Badrul Hisham, 2000) dalam menjana proses P&P. Pendekatan multimedia (Ely, 1963) menghubungkan di antara alatan dengan program yang kemudiannya diadun sebagai strategi interaktif dalam kaedah pembelajaran pelajar. Dari sudut teknologi pengajaran, gabungan dua atau lebih media tersebut disepadukan secara sistematik untuk membentuk kesatuan mesej-mesej maklumat atau program untuk pengajaran dan saling lengkap melengkapi di antara satu media dengan media yang lain ke arah terbinanya pengajaran yang efektif.

2 comments:

  1. Bagus artikel ini untuk kita semua lebih memahami kepentingan teknologi dalam pendidikan.

    ReplyDelete
  2. artikel ...menerangkan lebih mendalam tentang media dan penggunaan teknologi..!!!!

    ReplyDelete

Powered By Blogger