Tuesday, April 20, 2010

DIPOHON BERI KOMEN TENTANG ARTIKEL INI

STRATEGI KHUSUS MEMBINA INSAN BERMINDA KELAS PERTAMA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

“Produk Insan” yang diterima menganggotai perkhidmatan awam adalah yang terpilih daripada proses pemilihan oleh satu Lembaga yang telah dipertanggungjawabkan. Mereka yang terpilih perlu menjalani latihan formal dan tidak formal. Kelayakan masuk hanya membolehkan kesediaan individu untuk menghadapi cabaran kerja. Walaubagaimanapun kelayakan teknikal adalah lebih relevan bagi pekerjaan yang memerlukan bidang kemahiran yang khusus, manakala yang lain-lain memerlukan pendedahan asas mengenai cara-cara melaksanakan kerja. Pembelajaran kerja banyak berlaku semasa bekerja - ‘on the job training”. Bimbingan atau ‘coaching” perlu dilakukan oleh penyelia, rakan sekerja dan mereka yang berada disekitar tempat kerja walaupun daripada staf bawahan.

Usaha –usaha menambah nilai lebih mudah diadakan bagi mereka yang telah bersedia dengan keadaan minda yang positif dan terbuka untuk melaksanakan tanggungjawab. Mereka yang mempunyai sikap yang positif lebih mudah dididik dengan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kerja.

Isu strategik untuk membina minda kelas pertama dikalangan penjawat awam ialah masalah sikap yang negatif. Dalam kes-kes yang tertentu, segala ilmu dan kemahiran telah diperlengkapkan tetapi kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan masih menjadi persoalan. Kemungkinan dua faktor boleh menjadi penyebab:
i. Masalah sikap; dan
ii. Gaya kepimpinan.

Masalah Sikap
Masalah sikap dihadapi oleh banyak organisasi. Ini menyebabkan pekerja tidak melaksanakan tugasnya dengan tangkas, tepat dan keberhasilannya tidak berkualiti. Masalah sikap ini boleh diperbaiki dengan dengan secara berterusan. Ianya tidak dapat diselesaikan melalui latihan biasa dan dengan mengadakan satu dua ceramah kesedaran, kesannya tidak mendalam dan berkekalan. Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan latihan yang berorientasikan KEROHANIAH, bagi mengubah

sikap mereka yang memerlukan pertolongan dan sebagai usaha penambahbaikan bagi mereka yang tidak bermasalah. Untuk menggilap modal insan ianya memerlukan modal. Organisasi perlu merancang latihan kerohaniah membina sikap secara teliti dengan mengenalpasti mereka yang pakar, berkemampuan untuk merubah cara berfikir dikalangan pekerja dengan menggunakan teknik-teknik latihan kerohaniah, dan bukan semata-mata mengadakan kursus-kursus “team building” yang biasa dan “ala-barat”

Pemimpin organisasi yang tinggi nilai integritinya lebih mudah menguruskan pekerja-pekerjanya daripada pemimpin-pemimpin yang kredibiliti dan integritinya yang sentiasa dipersoalkan oleh pengikutnya. Pemimpin-pemimpin ini juga perlu menjalani latihan kerohaniah disamping kursus kepimpinan untuk tujuan kenaikan pangkat. Pemilihan pemimpin oleh pihak yang berkuasa dan berwajib perlu dibuat perlu dibuat dengan secara berhati-hati. Hanya mereka yang benar-benar berkelayakan menjadi pemimpin diberi amanah untuk memimpin. Pemimpin yang berminda kelas pertama akan berjaya membina minda pengikutnya setaraf dengan mindanya. Hanya jauhari sahaja mengenal manikam.

3 comments:

  1. Saras, ini adalah satu artikal untuk membina modal insan yang berguna.

    ReplyDelete
  2. Saya telah membaca artikel puan. Saya berharap puan sentiasa memuatkan artikel seperti ini untuk kebaikan kita bersama.

    ReplyDelete
  3. Saya pun...telah membaca artikel ini.!!
    Ini memgambarkan untuk melahirkan insan yang cemerlang yang lengkap dari segi ..rohani,intelek,emosi dan juga jasmani

    ReplyDelete

Powered By Blogger